Saturday 2 March 2013

ZIARAH MAHABBAH SPR PRISMA DARI PINTU KE PINTU

* LAPORAN MALAYSIANKINI NEWS

Mafraq 2/3/2013

Suruhanjaya Pilihanraya PRISMA sedang giat menjalankan ziarah mahabbah dari rumah ke rumah ahli seluruh bandar Mafraq. Agenda program ini di adakan adalah bagi mendekati ahli PRISMA disamping memberi penerangan akan sistem Piliharanya Kampus (PRK) kali ini.Selain itu SPR PRISMA turut mengadakan semakan semula bagi nama pengundi dan status pencalonan setiap ahli PRISMA. Program yang bermula jam 9.00 pagi dan akan berakhir lewat 11 malam nanti. SPR PRISMA akan memulakan proses pencalonan esok (Ahad) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 3.30 petang di Dewan Munaqashah Master Bangunan Al Ghazali Universiti Al al-Bayt Jordan. Selain dari sistem baru diperkenalkan, SPR juga membuat revolusi dengan hanya penetapkan pusat pencalonan setempat di Universiti,tidak seperti tahun lalu yang mana SPR menghantar borang dari rumah ke rumah.

sekian langsung dari Bilik Gerak SPR PRISMA 2013

*Gambar : Pegawai SPR PRISMA, Ust Amsyar Abdullah menziarahi ahli PRISMA di rumah Ust Rodhiuddin & Ust Alif.



No comments:

Post a Comment